Kes Dera | Taska terbabit kes dera ditutup sehingga selesai perbicaraan

2023-01-19 0

Sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang didakwa terlibat dalam kes dera seorang bayi lelaki diarah tutup sementara oleh kerajaan negeri Terengganu.

Tindakan tegas itu diambil memandangkan kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.